Thursday, September 13, 2007

BE ALERT FOR EARTHQUAKE

……….like to share some information pertaining ‘Earthquake Tips’.


Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Earthquake/Tsunami Alert ( IDM20024 )8:00 pagi, 13hb Sep 2007

Our Ref: JMM.APL15/442/19 Jld ( 12e )/ ( 162 )
PRELIMINARY EARTHQUAKE INFORMATION
Issued by Malaysian Meteorological DepartmentMinistry of Science, Technology & Innovationat 8.00 am 13/09/2007

1. Earthquake Information
A strong earthquake has occurred with these preliminary parameters:
Time of Occurrence : 7.49 am on 13 September 2007
Coordinates : 3.0 South 101.0 East
Location : Southern Sumatera, 160km Northwest of Bengkulu,Indonesia. 584km Southwest of Johor Bahru.
Magnitude : 6.8 on Richter scale

APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI

Sekiranya anda di dalam bangunan :
Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh. Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas. Padamkan semua api.

Sekiranya anda di luar bangunan
Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh. Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Sekiranya di dalam stor yang sesak
Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang. Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

Sekiranya di dalam bangunan tinggi
Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap. Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain. Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan. Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan
Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

Sekiranya di dalam kereta yang bergerak
Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda. Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi anda. Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Maklumat informasi :
http://www.met.gov.my/malay/perkhidmatan/seismologi/seismic_event.html

No comments: